Make sure you beat him in every test, Rosie. Thank God you inherited your mother's brains. -- Ron Weasley
 
Saturday, 11 October 2008
Main Menu
Home
My Rambling
Links
About Me
Harry Potter
All
HP6 Petition
Administrator
Login Form





Lost Password?
No account yet? Register
Template Chooser
harry_potter
Home
Angin Malas
Friday, 26 September 2008

Angin malas nak taip dah melanda. Malas tul nak update kat sini. Mostly news from the family...hmm tu Kak Ri dah update kat blog dia. Karang post kat sini cam byk receycle news lak. News pasal budak dua org (Lisya & Harris)..tak per lah biar mama dia yg update kan.

As for me...hmm let me think where to begin. Oh ok...patut minggu lepas my department nak kena relocate ke blok sebelah tapi postpone lak. Dah lah org involve. Letih tul tiap-tiap minggu kena attend meeting. Sekarang ni suggested date 17th Oct. Kira lepas raya tapi tak finalize lagi. Apa-apa pun kena dlm bln depan gak.

Sekarang ni dah 26 Ramadhan. Kejap jer kan. Minggu depan dah raya. Barang2 utk rumah abah dah beli awal-awal. Kira beli apa yg penting lah. Barang-barang tu ada kat dlm boot tak keluar-keluarkan lagi. Gasaklah. Tak per tak de barang makanan.

Baju raya dah tempah 2 bulan awal..karang lewat-lewat tak de sapa nak jahitkan. Ni pun org tempah ngan budak opis. Murah sikit lepas tu sedap nak pakai. Lagi pun dah ada orang bagi kain kat org takkan nak biar kain tu duk terperap jer kan.

Hmm asalnya nak balik raya hari Ahad. Tapi postpone sehari. Jadi org balik hari Isnin. BUkan apa..kuih utk rumah abah tak buat lagi..adeh. Cik Kak Lisya tu mesti nak kena ada satu tub khas utk biskut cornflakes. hehehe. Tak per mak anjang tukang adun jer..nanti achik tolong letak dlm tray lepas tu bakar.

Oklah ni jer kot nak taip. Nanti org pikir-pikir lagi apa nak taip.

 
Happy Birthday Najwa & Effy
Monday, 28 July 2008

Happy double birthday to my lovely nieces; Amanina Najwa & Afifah. 

Happy 15th birthday to Najwa (26th July). Sorry lambat wish. Embarassed. Good luck with your PMR. Nak kena bagi hadiah ke? Ala tunggu raya leh tak?

 Happy 22nd birthday to Effy (29th July). Sorry achik tak bagi hadiah gak. Effy nengok jer lah gambar kek ni jer ye.

Semoga panjang umur
Dimurahkan rezeki

 
Tak Suka
Thursday, 24 July 2008

I hate July, that's for sure. I don't hate those people who celebrate their birthday this July (ala cayang-cayang anak sedara Achik yg dua org ni...hehehe..tak bermaksud ye). But I'm always in the middle of so many things. Masuk July, maksudnya dah kena buat report utk Jun. Banyakkkkkkkkkkkkkkkkknya.....uwaaaaaaa rasa nak nangis. Yelah kena buat weekly, fortnightly, monthly, quaterly & half-yearly. Tu tak termasuk projek-projek yg org kena handle.

Projek ni tak lah handle 100% tapi byk sangat cekadak. Sejak handle projek ni, org asyik kena migrain jer Frown. Nak kata tiap-tiap minggu mesti sehari MC. Apa taknya tahap memang tak leh angkat kepala. Nak muntah. Tu pun nak drive balik dr opis ke rumah, org dah telan 2-3 biji ubat tahan sakit...lepas tu drive slow jer. Sakit dah nak sampai tahap rasa nak gi jumpa specialist nak check. Yelah dah selalu kenakan. Hmm bila check balik, rupanya monitor kat opis salah satu penyebab. I reduce the brightness to zero and contrast just barely 25 to 30, baru OK. Dah 3 minggu lebih ni kira ok jer tak de sakit kepala lagi. Btw, org tak gi jumpa specialist lagi. Ada sorang doktor tu  saran ambik ginkgo biloba webab baik utk darah. Setakat ni org ambik tu ginkgo jer.

Lagi satu org tak suka ngan projek ni sbb nak kena liase ngan byk dept. Org tak tahu lah kenapa dia org bagi personel yg call org tu jenis suara yg org rasa sampai tahap tak moh dah dengar sore dia org. Seriously. Adalah lagi problem tapi tak leh lah letak kat sinikan. (K.E & Q mesti paham napa kan). Senang cakap cam ni lah, kalau ubah satu org kena ubah utk backdated as at of the month backward ke Januari. Sekarang ni dah nak masuk reporting bln 7..so korang bayanglah berapa byk kalai nak buat. Ini org dah automate..kalau tak ada yg muntah darah depan pc.

Lepas tu tak suka dia org asyik call as if kita duk buat report dia sorang jer. Padahal semau tu dah ada priotity masing-masing. Ikut turn lah wei.

What else...hmm org dah pindah meja kat opis. Tempat lama tu staff baru duk situ. Boss suruh..so ikut jer lah malas nak argue. Cuma tempat duduk baru ni partition dia tinggi sikit. Depan meja ada 2 kerusi. Cuma bising sikit. Yelah dekat ngan meja-meja orang lain. Lepas tu kalau nak cari bos kena diri...kalau dulu duk dr meja dah nampak dia. Yelah nak ngadu pasal projek tu senang sikit. Kalau tak bgth nanti kepala sendiri yg pecah dibuatnya. Nasib baik bos ok. Kalau tak ok...tak tahu dah nak tanya sapa lagi.

Sekarang ni tahap sibuk ada 50% lagi. Uwaaa...dah nak ujung bulan ni...Month End reporting utk July dah nak masuk. Next monday nak org ambik cuti. 1. Nak rest kan kepala. 2. Nak ikut Kak Ri gi sekolah Jimmy.

 
A New Birth and Birthdays
Friday, 09 May 2008

Sorry lama tak nulis kat dalam ni. Yeah org dpt anak sedara baru.

  

Nama : Mohamad Harris bin Mohamad Hazizi
Tarikh Lahir :  1 Mei 2008

Ni kira jadi naka sedara yg bongsu buat masa ni plus dia jadi anak sedara bongsu lelaki, ganti Afiq. Lama tul sebab Afiq dah nak masuk 19thn.

 As for birthdays, HAPPY BIRTHDAY to my nephew, AFZAL. Kira belated posting lah ni sebab birthday dia kelmarin.

Ikutkan ramai family member org yg sambut birthday bulan Mei ni, my brothers, nephews & sister-in-law.

So here is a lum sum birthday wishes to all of you (susun ikut date ye):

  1. Afzal  (Nephew)   -  7th May
  2. Abg Nuar (Brother)  - 15th May
  3. Kak Anim (Sis-in-law)  - 16th May
  4. Abg Zemer (Brother)  - 17th May
  5. Afiq (Nephew)  -  29th May

Err tak payah birthday present ye...kopak org camni..birthday berderet ni Embarassed


You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

New Soul  -  by Yael Naim

I'm a new soul
I came to this strange world
Hoping I could learn a bit bout how to give and take
But since I came here, felt the joy and the fear
Finding myself making every possible mistake

La, la, la, la (21x)
La, la, la, la (21x)

See I'm a young soul in this very strange world
Hoping I could learn a bit bout what is true and fake
But why all this hate? try to communicate
Finding trust and love is not always easy to make

La, la, la, la (21x)
La, la, la, la (21x)

This is a happy end
Cause you don't understand
Everything you have done
Why's everything so wrong

This is a happy end
Come and give me your hand
I'll take you far away

I'm a new soul
I came to this strange world
Hoping I could learn a bit bout how to give and take
But since I came here, felt the joy and the fear
Finding myself making every possible mistake

New soul... (la, la, la, la,...)
In this very strange world...
Every possible mistake
Possible mistake
Every possible mistake
Mistakes, mistakes, mistakes...

 
Jalan2 jumpa Lisya - Day 1 & 2
Friday, 25 April 2008

Pergh...achik berjaya drive ke Perlis Smile  Kira jauh gak tu. Biasa drive paling jauh ke JB je..tu pun kira 5 jam nya driving. Kali ni 8 jam...ikutkan bleh lagi cepat dr tu. Masa nak gi org yg bangun paling awal..ul 3.30pg. Ken lah duk kejut kan mak anjang nya ngan afiq. Kira gitu gini...kul 4.30pg bertolak dr bangi. Sib baik dah isi minyak full tank (err ada lagi satu bar nak cukup full tank) masa hari sebelumnya. Masa kita org bertolak tu dah hujan dah tapi tak lah lebat sangat. Org drive dr bangi kut highway ke Sg Besi. Dr situ gi ke Shah Alam iut federal highway. Mula2 pikir nak gak ikut highway LDP Putrajaya - Puchong..masuk ikut Tol Subang tapi pikir2 takut jalan tu sunyi giler lak. Tu yg ikut Shah Alam..kira masuk highway dr Bkt Jelutong.

Pagi2 cam tu ..jalan tak sibuk sangat cuma byk lori jer lah. Kira drive smooth gak cuma hujan all the way sampai dah masuk Perak baru berhenti hujan. Jln mostly dah jadi 3 lane. Org dah lama tak drive ke belah Utara. Last time tak silap Acu lum kawin tu pun sampai ke Ipoh je. Time tu kena gi outstation ke sana. Afiq duk belakang. Food yg kita org bawak semua kat seat belakang. So Afiq jadi cam personl chef. Kira dia lah kena pass kan makanan kat kita org. Buatkan sandwichlah. Mula2 tu stop kat R&R Tapah berhenti utk subuh. Biasa kalau R&R belah2 nak ke Selatan, parking lori belah depan2 R&R...so Acik ikut jln ke belah yg belakang..rupanya kat Tapah ni..yg belah belakang ni parking utk lori. Bukan keter org jer yg ada kat belakang..rupanya ada gak kereta lain park kat situ. At least dekat sikit nak jln ke toilet ngan surau. Embarassed

Lepas dr Tapah, kita org stop breakfast kat R&R Gunung Semanggol. Lepas makan, gi isi minyak dulu. Bukan apa minyak time tu tunjuk 2 bar jer..tapi keter ni kadang2 bila dah tunjuk 2 bar..laju tul dia jadi 1 bar lepas tu nanti mula indicator dia duk flash jer. So tak moh lah ambik risiko. Kalau org isi penuh abis2 masa hari sebelum tu..org rasa kereta org ni leh drive full tank sampai ke R&R Gurun.

Org drive kena pakai bantal neck rest yg bentuk U tu sebab terasa lepas 2 jam driving leher lenguh giler. Kaki tak rasa sakitlah. Kan kat highway tu ada satu terowong kan? Masa naik area bukit/gunung tu terasa preasure katr telinga. Cepat2 mintak Afiq hulurkan fruits (kita org bawak buah lai yg dah siap potong2). Jadi duk kunyah fruits lah nak kurang kan preasure tu. Sib baik time tu tak ujan...kalau tak sure jalan tu licin.

Lepas Gunung Semanggol, rest kejap kat R&R Gurun. Berhenti gi toilet. Efi...mak anjang kata tak jumpa pun kuah rojak petis tu tapi nanti masa balik kita org singgah balik R&R Gurun tau. Time tu Acu call...org cakap jer kita org somewhere kat Perak.

Org keluar ikut exit Alor Setar sebab nak singgah beli barang kejap kat sana. Acu dah bgth jgn ikut jln Jitra - Arau sebab ada constraction. Jadi dari Alor Setar org ikut jalan dalam ke Jitra dari situ baru ikut highway balik.

One thing yg best driving sendiri ni ialah nengok signboard jalan. Mula2 kita org nampak sign gi Cameron Highland. Mula lah gatal mulut sebut, "Jom gi Cameron". Lepas tu nampak signboard gi "Laketown Resort" teragak lak nak gi laketown. Paling lawak signboard "Titi Gajah". Mak anjang kata besar manalah titi nak bagi gajah lalu ye. Lepas tu somewhere kat Jitra kot..ada satu flyover ni lah...lepas tu ada signboard tulis "Pusing balik ke Alor Setar". Biasa org nampak just tanda huruf U ke atau tulis "Pusingan U dihadapan" ke.

Org lak tak de kredit nak sms Acu..so mak anjang jer lah yg sms kan. Masa lepas jer Changloon..mata duk lah cari signboard nak exit ke Arau. Sekarang senang sikit sebab dah ada signboard UiTM Perlis. Keluar dr highway tu dah tak teruk nak cari rumah. Org tahu  lah nak tuju jln nak gi rumah Acu. Masa tgh drive, mak anjang tanya "Berapa nombor rumah AIn?" La ntah tak ingat lak. Tapi jumpa gak sebab Acu ada letak plat "Welcome" sign kat pintu gril dia.

Sampai2 gate dah bukak. Ingat sebab dia dah tahu kita org nak sampai, tu yg dia bukak gate siap2. Rupanya acu tak de kat rumah. Mak anjang call dia tapi org lah cakap tanya dia kat mana. Rupanya dia kat klinik ada check-up. Acu tanya kat mana, org jawab jer "Kita org kat depan pintu rumah awak" Laughing

So kita org tunggu jer lah depan pintu rumah sampai acu balik. Tak de lah tunggu lama sangat sebab klinik tu pun bukan jauh benor.

Si lisya nampak kita org dia dah senyum simpul jer. Bila jumpa, dia memang speechless. Dia tengok jer kereta org. Agaknya dia pikir..dulu lain jer keter Acik..yg ni dah lain. Masa nak masuk rumah..org bawak keluar semua present yg kita org bawak. Si lisya memang tak bercakap-cakap. Kak ri bagi dia coklat. ala yg stail cam choki2 tu. Org tunjuklah t-shirt utk baby ngan utk lisya. So org test lah baju tu dgn letak kat depan badan dia..time tu dia tgh makan coklat lagi..so dia diam jer...lepas dia abis basuh tangan dia suruh kita buat balik ukur baju tu kat dia.

After that dia bukaklah semua present yg dia dapat. Abg Afzal dia kirim colouring book, pencil colour ngan whiteboard kecik. Dia dah pandai keluarkan birthday card dr sampul. Lepas tu bukak present yg acik bagi. Acik bagi dia set mainan masak2. Mata dia tak kelip2 pandang toys tu. Bila bukak preent mak anjang baru keluar suara. Mak Anjang bagi dia backpack Dora, crayon, drawing block ngan beg kecik warna pink. Dia nampak beg tu..."Ma, Ora, ma".

Lepas tu apa lagi dia terus main mainan masak2 tu. Mula2 kat lantai. Lepas tu mama dia letak toys tu kat coffee table. So dia main kat situ. Toys ni ada kuali leper, stove, periuk, sudip..ngan foods semua. Kira lengkap gak. Yg kelakar. Dia ambik food tu satu2 lepa tu tunjuk kat afiq. Duk lah terangkan benda2 tu kat afiq. Afiq lah rajin layan. Sukalah dia. Sampai tak makan lunch ngan dinner kemaruk main masak2. Masa nak mandi malam, ayah dia suruh bawak periuk hijau dgn kuali leper kuning tu..dah lepas tu tiap kali nak mandi, dia bawak dua benda tu sekali. Acu kata tido pun duk ngigau main masak2 lagi.

Bangun pagi...dia siap letak jari kat mulut cakap "Shhh" kat mak anjang sebab afiq time tu tido kat luar. Lepas tu dia panjt katil duk sebelah org. Org tgh tido..org terjaga sebab dengar dia cakap2 ngan mak anjang. Lepas dia cakap lah, "Nak asyak (Nak masak)" Bila kita tanya masak ap, dia jawab "Oti anai (roti canai)" Pagi tadi breakfast sikit jer sebab duk nak main masak2.

Lepas breakfast kita org keluar kejap. Kebetulan org memang nak kena gi bank. So semua sekali ikut. Mula2 gi bank kat Arau jer. Lepas gi bank, gi pasar lak sebab mak anjang nak beli daun kesum. After that jalan2 gi Kangar..kita org lunch kat sana. Time ni baru lah lisya makan byk sikit. Kita org gi KFC. On the way back, baru lisya tertidur. Yelah the day before dia tak tido sangat. Petang tadi, dia gi kat mak anjang :

Lisya           :  Mak..(agaknya panjang sangat kot nak sebut mak anjang)
Mak Anjang : Napa
Lisya           : Ejut (sambil tunjuk kat AFiq yg tgh tido kat sofa)
Mak Anjang : Nak buat apa?
Lisya           : Ain asyak (main masak-masak)

Kesian afiq...lisya sanggup suruh mak anjang kejutkan dia nak ajak main masak-masak. Abg lak rajin layan dia main..tu xg dia seronok sangat tu.

Kejap-kejap.."Ampas" (panas). Lepas tu susun lah cawan2 ikut kaler piring/pinggan. Yg kelakar mlm smlm dia bawak periuk yg dua kaler tu kat dapur..rupanya dia nak masak kat dapur betul. Tergelak kita org dibuatnya. Org cakap, "Lisya tak leh lah karang cair periuk tu".

Mlm ni kurang sikitlah nak main masak2...sebab kita org ajak dia nengok video kartun yg dia suka tu ngan lagu schnappi.

 

Newsflash
Current Songs That I Like
  1. Sampai Syurga  -  Faizal Tahir
  2. Hurry Up - Chenelle
  3. Whoopsie - Sayla Feat. Dina
  4. What You Got - Colby O'Donis Feat. Akon
  5. One Step At A Time - Jordin Spark
  6. Damaged - Danity Kane
  7. Sempurna - Andra And The Backbones
  8. Kau Ada Dia - The Lima

 

 

 
© 2008 Just State of Mind
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.